Friday, February 7, 2020

Sejambak Kasih, Pengetua..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Alhamdulillah dan tahniah kepada ahli jawatankuasa yang telah menyiapkan Buku Panduan Pengurusan Sekolah Tahun 2020
Dengan terbitnya buku panduan ini diharapkan agar semua warga SMK Tunku Bendahara akan menjadikannya sebagai suatu bahan rujukan berterusan
supaya setiap individu tahu peranan yang dimainkan dalam memastikan perjalanan PdP, program-program, aktiviti-aktiviti dan arahan tugas-tugas dapat dilaksanakan secara teratur tanpa kecacatan serta menepati masa. Program-program dan aktiviti-aktiviti yang telah disusun untuk tujuan pengurusan dan pentadbiran sekolah diharap dapat diikuti sepenuhnya tanpa perlu diberikan peringatan. Setiap guru dan staf seharusnya tahu peranan yang perlu dimainkan apabila dikehendaki melaksanakan aktiviti dan program dengan lebih awal.
 
Setiap guru dan staf juga diharap dapat membuat perancangan dan persediaan awal dengan teliti berdasarkan takwim yang disediakan supaya kita tidak ketinggalan untuk membuat persediaan yang mencukupi dalam menyertai pertandingan-pertandingan peringkat sekolah dan daerah mahupun peringkat negeri dan kebangsaan. Kita tidak perlu memberi alasan-alasan kenapa kita belum cukup bersedia untuk menyertai apa jua pertandingan yang disediakan. Kita seharusnya bersedia lebih awal supaya murid-murid sekolah kita tidak ketinggalan dalam aspek akademik mahupun kokurikulum. Kita juga memainkan peranan yang penting dalam membentuk sahsiah murid-murid.

Berpegang kepada kata-kata “Muafakat Membina Kecemerlangan”, marilah kita sama-sama berusaha meletakkan SMK Tunku Bendahara  sebagai sebuah institusi pendidikan yang dapat menghasilkan murid yang seimbang dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek serta berperibadi mulia. Mudah-mudahan tanggungjawab yang diamanahkan dapat disempurnakan dengan penuh iltizam dan dedikasi, seterusnya diberkati Allah SWT.

Amin.

Terima kasih.
Saya yang menjalankan amanah,

NASIR BIN ABD RAHMAN
 Pengetua
 SMK TUNKU BENDAHARA


          

No comments:

Post a Comment